Frequently Asked Question (FAQ)
A. PERMOHONAN DAFTAR SEMULA
- Bagaimanakah cara untuk mendaftar semula?
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar semula:
- Muat turun borong daftar semula di laman sesawang Pusat Pengurusan Akademik (PPA) UMP https://ppa.ump.edu.my/index.php/download-forms
- BAHAGIAN A: MAKLUMAT PEMOHON – Bahagian A perlu dilengkapkan oleh pelajar.
- BAHAGIAN B: PERAKUAN OLEH PENASIHAT AKADEMIK – Bahagian B perlu ditandatangani oleh penasihat akademik pelajar.
- BAHAGIAN C: KELULUSAN OLEH DEKAN/TIMBALAN DEKAN FAKULTI/PUSAT – Borang permohonan perlu dihantar ke Pusat Diploma Asasi (PDA) bagi mendapatkan kelulusan daripada Dekan/ Timbalan Dekan.
- BAHAGIAN D: UNTUK TINDAKAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK – Permohonan pelajar seterusnya akan dihantar ke Pusat Pengurusan Akademik (PPA)
B. PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA BAGI KATEGORI DAFTAR SEMULA
Ya. Permohonan boleh dipertimbangkan oleh senat bagi pelajar yang mendapat KG bagi semester pertama sahaja (dari tahun pengajian). Pelajar akan mendaftar semula pada sesi yang berikutnya setelah permohonan dibuat dan diluluskan oleh universiti
Tidak perlu. Ini kerana setelah mendaftar semula pelajar DS akan dianggap sebagai pelajar baharu.
Penilaian Pelajar Daftar Semula akan dimulakan tanpa mengambilkira pencapaian dalam semester terdahulu, tetapi semester berkenaan tetap dikira sebagai telah digunakan.
Kredit maksimum bagi pelajar yang mendaftar semula hendaklah tidak melebihi 12 kredit. Jika ingin mengambil lebih dari 12 kredit, pelajar perlu memohon kebenaran dari Dekan.